Tingkatan 4 : BAB 1 Warisan Negara Bangsa 1.2 Ciri-ciri Negara Bangsa Kesultanan Melayu Melaka [Kertas 1]
BAB
1 Warisan Negara Bangsa
1.2 Ciri-ciri Negara Bangsa Kesultanan Melayu Melaka
(Buku Teks m.s. 6-7)
--
1. Kesultanan Melayu Melaka telah mempunyai ciri
negara bangsa berikut.
Kerajaan
Apakah bukti menyokong pernyataan tersebut?
A Kewujudan
raja
B Ketaatan rakyat
C Kewujudan pembesar
D Kemajuan perdagangan
2. Jadual berikut berkaitan dengan gelaran pemerintah
di Kesultanan Melayu Melaka.
Sebelum Kedatangan
Islam: Raja |
Selepas Kedatangan
Islam: X |
Apakah gelaran X?
A Datu
B Sultan
C Yamtuan
D Yang Dipertuan
3. Senarai
berikut berkaitan dengan rakyat di kerajaan Alam Melayu.
· Orang
Laut
· Orang Melaka
Apakah kerajaan Alam Melayu tersebut?
A Kesultanan Pahang
B Kesultanan Kelantan
C Kesultanan Johor-Riau
D Kesultanan
Melayu Melaka
4 Senarai berikut berkaitan dengan ciri-ciri negara
bangsa Kesultanan Melayu Melaka
Kedaulatan
Apakah kepentingan ciri negara bangsa tersebut?
A Pembesar dilantik oleh sultan
B Sultan dapat
mengawal rakyat
C Rakyat mematuhi undang-undang
D Pentadbiran pusat berjalan lancar
5 Kesultanan Melayu Melaka telah berjaya meluaskan
pengaruh ke kerajaan berikut
· Pahang
· Inderagiri
· Kuala
Linggi
Bagaimanakah Kesultanan
Melayu Melaka memperoleh kerajaan tersebut?
A Pertuanan
B Peperangan
C Perkahwinan
D Persahabatan
6 Kerajaan Majapahit
menghadiahkan Siantan kepada Sultan Mansur Shah.
Mengapakah kerajaan
Majapahit bertindak demikian?
A Merapatkan hubungan
persahabatan
B Mengelakkan penaklukan
Melaka
C Mengahwini Puteri Majapahit
D Menyebarkan agama Islam
7 Senarai berikut merupakan wilayah naungan kepada
Kesultanan Melayu Melaka
· Kedah
· Patani
· Lingga
Apakah tindakan wilayah tersebut terhadap Kesultanan
Melayu Melaka?
A Membina istana
B Menerima
ketuanan
C Menyerah bunga emas
D Memberi kerahan tenaga
8 Bagaimanakah Kesultanan Melayu Melaka memperoleh
wilayah naungan?
I Persahabatan
II Perkahwinan
III Peperangan
IV Perdagangan
A I dan II
B I dan IV
C I dan III
D III dan IV
9 Apakah persamaan sistem perundangan berikut?
· Undang-Undang
Pahang
· Undang-Undang
99 Perak
A Mengamalkan upacara kesetiaan kepada
B Menerima pengiktirafan daripada Dinasti Ming
C Mewarisi
perundangan Kesultanan Melayu Melaka
D Meluaskan pengaruh melalui hubungan persahabatan
10 Gambar berikut menunjukkan cap mohor Kesultanan
Melayu Melaka.
Apakah fungsi cap mohor tersebut?
A Menjadi identiti sultan
B Mengakui kedaulatan sultan
C Mengukuh kekuasaan sultan
D Mengesahkan
arahan sultan
Gerak Kerja 2:
Kuiz Google Form:
Jawapan yang betul akan ditunjuk selepas tamat kuiz.
Teruskan berusaha untuk kejayaan lebih cemerlang untuk
masa depan yang gemilang.
评论
发表评论